#ResepiStudent Tauhu Inti ala Indonesia

Bismillah…

This recipe is worth to try, guys. Cook this for high-tea wallaaaa superb! 😍

image

Makan dengan sos/sambal kicap Ya Allah serius sedap!

Let’s start! 😉

Bahan-bahan:
1. Tauhu (ask for tauhu masin)
2. 1/2 Lobak
3. 2 Kacang panjang
4. Sos tiram
5. 2 ulas Bawang putih
6. 1/2 Bawang besar
7. Ikan bilis (kalau tak ada, boleh ganti dengan kiub ayam/daging)
8. Garam secukup masa
9. 2 biji Telur
10. 3 sudu tpg jagung (agak agak sticky)

Cara-cara:
1. Buang isi bahagian tengah tauhu dengan menggunakan sudu. Jangan buang terlalu banyak nanti ‘dinding’ tauhu jadi nipis dan mudah terkoyak.

image

2. Hancurkan isi bahagian tengah tauhu untuk dijadikan isi kejap lagi. Slice kan kacang panjang. Not too big. Not to small. Lobak tu, potong dadu kecil.

image

3. Tumbuk bawang besar, bawang putih dan ikan bilis. Tumiskan sampai naik bau. Masukkan lobak, kacang panjang dan isi tauhu. Masukkan sos tiram dan garam secukup rasa. Gaul kasi sebati. Tak perlu lama sangat.

4. Bila inti dah sejuk, sumbat dalam tauhu tadi. Tekan kasi padat. Tapi jangan terlalu kuat nanti ‘dinding’ tauhu pecah.

image

5. Ok ready untuk goreng. Bancuhkan telur dan tepung jagung. Salutkan tauhu dengan bancuhan satu per satu sambil tekan bahagian inti supaya tak terkeluar ketika menggoreng.

6. Goreng dan siap! Hidangkan dengan sos cili atau sambal kicap.

Resipi walla sedapppp dari bonda 😍

Selamat mencuba 🙂

6 Psikik Melayu yang Bercorak Negatif

Bismilllah Ar-Rahman Ar-Rahim

Alhamdulillah Selesa(6 Oktober 2015) minggu lepas, seusai kuliah saya jam 11.30, saya terus ke Dewan Jubli Perak, SUK Selangor untuk menghadiri Seminar Pendeta Za’ba: Pemikiran Umat Merentas Zaman. Satu program yang amat diperlukan oleh komuniti Malaysia sekarang.

Suka untuk saya kongsikan beberapa butiran penting  yang disampaikan oleh salah seorang tetamu jemputan iaitu Tn. Hj Ahmad Mohamad Said, seorang tokoh pendidik hebat.

6 Psikik Melayu yang Bercorak Negatif

  1. Penyerahan diri yang total dan ketaatan yang tidak berbelah bahagi, malahan membuta tuli kepada raja.
  2. Budaya bisu (culture of silence) dan budaya takut (culture of fear) kerana umpama timun dengan durian, digolek luka dan menggolek pun luka.
  3. Sindrom pergantungan (dependant syndrome) kerana sistem itu menafikan kebolehan dan kemerdekaan diri. Justeru dalam semua hal mereka terpaksa bergantung kepada orang lain.
  4. Keruntuhan semangat bekerja dan daya usaha kerana diperas dan ditindas dan dalam banyak keaadan terpaksa berputih mata.
  5. Eskapisme atau melarikan diri dari kenyataan dengan melakukan apa sahaja, termasuk mencari hiburan untuk melegakan tekanan.
  6. Berserah kepada nasib atau bersikap fatalis kerana tidak dapat menentu dan mengawal kehidupan sendiri.

Sikap, watak dan psikik Melayu ini disedari oleh Za’ba sejak puluhan tahun dahulu. Malah masih relevan sampai sekarang.

Wahai kita yang berbangsa Melayu, malah semua bangsa sekalipun, jika kita BETUL BETUL MAHU BERJAYA, berubahlah! Mula dengan diri kita sendiri.

Allah Ta’ala berfirman :

إنَّ اللهَ لا يُغَيّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتّى يُغَيّرُوْا مَا بِأنْفُسِهِمْ

“Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan suatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.” (QS. Ar-Ra’ad ayat 11)

Cukuplah. Berhentilah dari menjadi orang yang suka membisu apabila ditanya. Takut bersuara apabila diminta. Suka bergantung pada orang lain ibaratnya jika dia tiada, lumpuh lah hidup dan gelaplah mata. Seperti kata Za’ba.. sampai sudah meninggal dunia pun masih mengharapkan bacaan Qul huwa Allah dari orang lain untuk masuk ke syurga. Berhentilah.. berhentilah dari pasrah dan mengalah. Teruskan berusaha dan bekerja keras untuk dapatkan apa yang kita impikan. Mimpi sahaja dan tidak berusaha, itu adalah sia-sia. Jangan kita melarikan diri apabila ditimpa masalah. Jangan lagi ada perasaan berserah kepada nasib. Pilihan hidup kita ada di tangan kita sendiri.

Satu perubahan, bermula dengan tindakan. Mulakannya hari ini, bukan hari esok. Cukuplah bertangguh…

Anda dan saya, semuanya mampu berjaya.

Wallahu a’lam

Don’t Fall In Same Hole Two Times

From There’s a Hole in My Sidewalk

By Portia Nelson

I walk down the street.

There is a deep hole in the sidewalk.

I fall in.

I am lost… i am helpless.

It isn’t my fault.

It takes forever to find a way out.

I walk down the same street.

There is a deep hole in the sidewalk.

I pretend i don’t see it.

I fall in again.

I can’t believe i am in the same place.

But it isn’t my fault.

It still takes a long time to get out.

I walk down the same street.

There is a deep hole in the sidewalk.

I see it is there.

I still fall in. it’s a habit.

My eyes are open.

I know where i am.

It is my fault. I get out immediately.

I walk down the same street.

There is a deep hole in the sidewalk.

 I walk around it.

I walk down another street.

This following poem is a great summary of what it means to take responsibility for one’s life and how a person can gradually move from a reactive to a proactive frame of mind.

So, let’s flexing your proactive muscles. It’s a ‘break-through’ habit that will save your life more often than you should ever imagine.

Hey, nothing bad by being a proactive person. So, move! Don’t repeat your mistake. Duduk muhasabah diri. Cari apa yang menyebabkan ia berlaku. Dan bagi peluang kedua untuk diri anda. Perbetulkan apa yang salah.

Guys, make A Change! Start with yourself. Not others.

till then, 🙂

Wallahu a’lam,

#ResepiStudent Ice Soda Lime Mint with Lychee

Ewah special air kali ni. Air ni akak buatkan untuk kitorang time balik pahang hari tu.
Nampak je leceh sebab macam banyak bahan. But trust me, its so easy! And absolutely amazing!

Kiranya hashtag hari ni jadi #ResepiStudentTerlebihRajin lah ye 😂

image

Bahan-bahan (untuk satu jug)
1 tin laici, the juice inside the tin is included
Daun pudina
Gula
Air soda
Lima nipis

Cara-cara
1. Campur kan laici beserta jusnya dan air soda.
2. Perah limau dan masukkan daun pudina. Koyak kan sikit daun nya kasi ada aroma.
3. Gula.. pandai pandai lah adjust. Kalau yang kuat manis, boleh tambah. Kalau tak, takde gula pun dah ok.
4. Letak ice and yeay time for drink!

Laahaii senangkan?

#ResepiStudent Fried Butter Prawn

Ada orang buat butter prawn ni berkuah kan? Style lemak lemak gitu kan? Haa resepi hat ni yang goreng kering crunchy munchy punya. Cara nya macam biasa lah. Sangat mudah! Ready?

image

Tudiahh udang yang diselimuti serbuk telur dan nestum. Eh whatttt? Nestum? Haah nestum. Check it out!

Bahan-bahan:
500 gram udang (depends on you nak size besar mana.)
Serbuk kunyit
Garam
4 sudu butter
3 bawang putih (cincang)
2 pelepah daun kari
Lada kecik (agak agak kepedasan yang anda mahu)
2 biji telur kuning sahaja
1 mangkuk kecil nestum

Cara-cara:
1. Goreng udang macam biasa dengan sedikit kunyit dan garam. Bila dah berubah ke warna oren, angkat. Jangan kasi overcook sebab nanti keras. Udang keras no good.
2. Get ready untuk serbuk crunchy munchy dia pulak. Panaskan butter dan tumis kan bawang putih, daun kari dan lada kecil.
3. *part penting* Senduk bulat needed. Bila dah naik bau, masukkan telur kuning. JANGAN MASUK SEGEDEBUK TERUS. Letak dalam mangkuk dan tuangkan slow slow. Tuang sikit sikit supaya lagi halus flakes telur tu nanti. At the same time, kacau laju laju dengan belakang senduk bulat tu. Lagi laju lagi baguih dan lagi halus flakes. Jangan sampai terkeluar kuali sudah ye 😂.
5. Masukkan nestum. Kacau. Bila warna dah bertukar jadi keemasan, boleh angkat. Masukkan dalam tapis supaya dapat toskan minyak tu.
6. Taburkan atas udang yang dah digoreng tadi.

SIAP 😉

Happy cooking and All the best! ☺

#ResepiStudent Sotong Masak Gajus

Have you heard about this cook? Nak senang cerita, rasanya macam masak blackpepper lah sikit. Hamboi rajin naw student nak cari gajus yek? Haha resepi ni sebenarnya kakak masakkan masa balik pahang hari tu. Alang alang ada lebihan gajus yang abang de bawa balik dari Mesir, akak masak lah menu ni. Saja nak share resepi ni. Sharing is caring, no?
image

Bahan-bahan
1kg sotong
Segenggam gajus
Sedikit daun bawang (potong besar as in the picture)
1 serai (titik)
1 bawang merah (hiris)
3 bawang putih (cincang)
1 inci halia (mayang)
10 lada kering (potong)
Sos tiram
Kicap
1 sudu tepung jagung (bancuh dengan air)
Blackpepper

Cara-cara:
1. Tumis bawang merah, bawang putih, halia, lada kering dan serai.
2. Dah naik bau, masukkan sotong.
3. Bila sotong dah bertukar warna putih, masukkan sos tiram dan kicap. Masukkan bancuhan tepung sikit untuk kasi pekat. Dan dont forget letak blackpepper. Penting ni tau. Ada blackpepper baru feel 😉
4. Then barulah masukkan daun bawang dan gajus.

Tattarattaraaaaa siap!

Senangkan? Cari gajus je susah sikit 😂 alah dimana ada kemahuan di situ ada jalan. Happy cooking guys!

The Power of Active Imagination

An Active Imagination is a Wonderful Thing.

Why?

Sebab, sebagai contoh kita nak jadi pelukis yang sangat hebat.

Setiap hari kita duduk di kerusi yang di hadapannya terbentang kanvas putih. Berus-berus dilayarkan di atas kanvas. Dan terus berimaginasi yang, ‘Akulah pelukis antarabangsa yang terhebat. Lukisan aku amat dikagumi oleh tenaga seni di seantero dunia. Satu hari, lukisan aku akan dipamerkan di salah satu Museum Art, Eropah.’

Setiap hari kita akan lakukan benda yang sama. Dan tanpa kita sedari, skill lukisan kita semakin meningkat. Seni yang kita lakukan semakin halus dan kanvas itu membawa 1001 cerita.

Apabila kita berimaginasi. Keinginan kita ke arah itu semakin kuat. Kita akan tempuhi segala-galanya demi mendapatkan apa yang kita mahu. Power of imagination quiet same with power of mind-set.

Selalu lah fikirkan apa yang kita mahu. Supaya setiap action kita cenderung ke arah itu.

Kalau kita nak jadi seorang pelajar yang hebat. Step pertama adalah tiru gaya mereka dan terus berimaginasi bahawa kita adalah lebih hebat daripada mereka. Lama kelamaan, gaya yang kita cuba tiru tadi sudah sebati dengan rutin harian kita. Dan sekarang, kitalah pelajar yang hebat tersebut.

But, do not forget! Please be gentle with yourself. Take your time, ok?